2021-12-14

5 Legenda dalam Dunia NFT


Kerancakan dalam dunia NFT (Non-Fungible Token) semakin mendapat perhatian dan berkembang terutamanya di negara-negara Barat. Terdapat pelbagai jenis NFT yang diperkenalkan seperti lukisan, karya seni, yang terdiri daripada memes, muzik, video, permainan dan pelbagai lagi. Harga jualan NFT ini boleh mencecah sehingga jutaan USD.

Baru-baru ini, buat pertama kalinya terdapat satu projek NFT diperkenalkan berdasarkan karakter pemain-pemain sukan lagenda. Projek NFT tersebut dikenali sebagai Blockasset X Dosbrak Legends NFTs. Lukisan NFT ini telah dilukis oleh pelukis bernama Dosbrak.

BlockAsset merupakan satu platform yang menggunakan lukisan NFT atlet sukan legenda yang dikenali oleh orang ramai. Ia memberi peluang dan ruang terutamanya bagi golongan peminat sukan memiliki NFT pemain kegemaran mereka. NFT Blockasset ini dikategorikan mengikut beberapa tahap keunikan (rarity). Ia mempunyai 10,000 NFT blockasset yang ditawarkan. Setiap kategori ini mempunyai spesifikasi rarity yang berbeza.

  • Base - common, uncommon, rare
  • Accessory - 3 jenis uncommon, 3 jenis rare, 2 jenis super rare, 2 epic, 1 legendary
  • Head Gear - common, uncommon, 2 jenis rare, 1 epic, 1 legendary
  • Face - common, uncommon, rare, epic
  • Mouth - common, uncommon, rare, epic, legendary
  • Eyes - common, uncommon, rare, super rare
  • Clothing - common, uncommon, 3 rare, 1 super rare, 2 epic, 2 legendary
  • Background - 3 common, 2 uncommon, 2 epic, 1 legendary

Atlet ini terlibat dalam 5 jenis sukan seperti bola sepak, tinju, hoki ais, mixed martial art (MMA) dan ragbi. Antara pemain legenda dalam Blockasset adalah seperti berikut:

Wayne Rooney

Blockasset Wayne Rooney

Apabila kita sebut sahaja nama Wayne Rooney, pastinya peminat bola sepak mengenali nama ini. Wayne Rooney merupakan seorang pemain bola sepak yang sudah bermain di beberapa buah kelab seperti Everton, Manchester United, D.C. United dan Derby County. Paling menonjol beliau mempunyai kap permainan sebanyak 393 penampilan serta 183 gol di kelab Manchester United. Belum lagi kita bercerita mengenai kehebatan di peringkat negara England. Kini, beliau merupakan pengurus di kelab Derby County di Liga EFL Championship.

Dalam Blockasset, tahap rarity NFT Wayne Rooney dikategorikan seperti berikut:

Gambar: Blockasset

Category

Common

Uncommon

Rare

Super Rare

Epic

Legendary

Base

Standard Rooney

Old Rooney

Young Rooney

     

Accessory

 

No Trait

- Captain Armband

- Pigskin Ball

- Yellow Card

- Red Card

- Confetti

- Fire Ball

- League Trophy

- European Trophy

- Boot Award

- Diamond Ball

Head Gear

No Trait

Blockasset Snapback

-Wooly Hat

- Winners Hat

 

Title Crown

Crown

Face

No Trait

Sweat

England Paint

 

AD Beard

 

Mouth

No Trait

Gold Mouthguard

Medal

 

Diamond Grill

Dosbrak Bandana

Eyes

No Trait

Wayfarers

Bloody Eyes

Laser Eyes

   

Clothing

White Jersey

Red Jersey

- Blue Jersey

- Suit

- Training Hoodie

Black Jersey

- Managers Jacket

- Patriot Flag

- Red Torn Jersey

- Astronaut

Background

- Red

- Black

- Green

- Orange

- Blue

   

- Blockasset

- Team

- Stadium

 

Muhammad Ali

Blockasset Muhammad Ali
 

Sebelum memeluk agama Islam nama sebenar Muhammad Ali adalah Cassius Marcellus Clay, Jr yang dilahirkan pada 17 Januari 1942 di Louisville, Kentucky Amerika Syarikat. Kehebatan beliau dalam sukan tinju sukar diungkap dengan kata-kata. Muhammad Ali telah mempertahankan gelaran kejuaraan Heavy Weight sebanyak 19 kali. Setiap kali adanya perlawanan melibatkan peninju Muhammad Ali, semua peminat di serata dunia mengikuti siaran langsung di segenap corong radio.

Beliau diibaratkan ikon bukan setakat dalam dunia tinju, malah sebagai ahli sukan legenda sepanjang zaman. Apa menariknya, perlawanan Muhammad Ali pernah diadakan di Stadium Merdeka pada tahun 1975. Pada ketika itu, beliau menentang peninju Joe Bugner. Beliau telah menghembuskan nafas terakhir pada tahun 2016 ketika berusia 74 tahun.

Dalam Blockasset, tahap rarity NFT Muhammad Ali dikategorikan seperti berikut:

Gambar: Blockasset

Category

Common

Uncommon

Rare

Super Rare

Epic

Legendary

Base

The Greatest Butterflies and Bees Underwater      

Accessory

 

- No Trait

- Red Gloves

- Black Gloves

- Towel

- Speed Ball

- Shook Up The World

- Postage Stamp

- Mirror

- Microphones

- Lightbulbs & Wings

- Diamond Gloves

Head Gear

No Trait Hat - Sparring Headgear
- Crown Goat
  Halo Crown

Face

No Trait Sweat Scratch   Moustache  

Mouth

No Trait Goat Mouth Guard Medal   Locked Dosbrak Bandana

Eyes

No Trait Wayfarers Bruised Eye Side Eyes    

Clothing

No Trait Navy Suit

- Gown

- Black Suit

- Peach Suit

Purple Suit

- Elvis Gown

- Gold Suit

- The King’s Gown

- Astronaut

Background

- Black

- Orange

-Red

- Purple

- Gold

   

- Solana

- USA

Cabin

 

Alexander Ovechkin

Blockasset Alexander Ovechkin
 

Alexander Overchkin adalah seorang pemain hoki ais yang memulakan karier pada tahun 2001 sehingga sekarang. Beliau dilahirkan pada 17 September 1985 dan atlet hoki ais bagi negara Rusia. Beliau bermain sebagai posisi di left winger dan kapten bagi pasukan Washington Capitals dalam liga National Hockey League (NHL). Ovechkin dikenali dengan gelaran “Ovi” dan “The Great Eight” dalam kalangan peminat hoki ais. Beliau dianggap sebagai salah seorang pemain hoki ais terhebat sepanjang zaman.

Dalam Blockasset, tahap rarity NFT Alexander Ovechkin seperti berikut:

Gambar: Blockasset

Category

Common

Uncommon

Rare

Super Rare

Epic

Legendary

Base Standard Ovechkin Old Ovechkin Young Ovechkin      
Accessory  

-No Trait

- Bloody Glove

- Gold Glove

- Ice Stick

- Raining Pucks

- Gold Stick

- Diamond Glove

- Diamond Stick

- Dentist

- Raining Ice

Fire Stick
Head Gear
 
No Trait Blockasset Snapback

- Black Helmet

- Russian Hat

  Gold Helmet Crown
Face No Trait Sweat Bloody Face   Big Beard  
Mouth No Trait Jaws Gold Teeth   Diamond Grill Dosbrak Bandana
Eyes No Trait Way Farers Bruised Eye Laser Eye    
Clothing Red Jersey Black Jersey

- White Jersey

- Blue Jersey

- Patriot

Solana Jersey

- The Red Machine

- Suit

- Ice Ice Ovi

- Astronaut

Background

- Black

- Red

- Green

- Orange

- Blue

   

- Blockasset

- Russia

Hockey

Michael Bisping

Blockasset Michael Bisping
 

Bagi peminat tegar sukan mixed martial artist(MMA), nama Michael Bisping tidak asing lagi dalam dunia sukan ini. Beliau adalah bekas juara untuk Middleweight UFC, Cage Rage Light Heavyweight dan pemenang bagi kejohanan The Ultimate Fighter 3 Light Heavyweight. Beliau memegang pelbagai rekod dalam dunia UFC. Antaranya, di UFC 78, Bisping menjadi fighter British pertama yang bersaing dalam acara utama UFC. Bukan setakat itu sahaja, beliau adalah fighter British pertama dan tunggal sehingga kini yang memenangi kejohanan utama UFC. Beliau telah dilantik ke dalam UFC Hall of Fame pada 5 Julai 2019. Kini, beliau telah bersara dalam dunia sukan MMA UFC dan menjadi seorang penganalisis sukan, pengulas dan pelbagai lagi.

Dalam Blockasset, tahap rarity NFT Michael Bisping seperti berikut:

Gambar: Blockasset
Category Common Uncommon Rare Super Rare Epic Legendary
Base Standard Bisping Bald Bisping Old Mike      
Accessory  

- No Trait 15%

- Bare Fists 15%

- Gloves

- Bloody Wraps

- Bloody Gloves

- Microphone

- Sol Glove

- Gold Gloves

- 199 Belt

- Knuckle Duster Spikes

- Diamond Gloves
Head Gear No Trait Sparring Gear

- Snapback

- Announcer

  DJ Mikey B Crown
Face No Trait Bloody Red Terminator   Gold  
Mouth No Trait Cigar 12% Falling Mouth Guard   Diamond Grill Dosbrak Bandana
Eyes No Trait Way Farers Bruised Eye Laser Eyes    
Clothing No Trait Bloody Body

- Jiu Jitsu Robe

- Suit

- Tattoo

Punk Jacket

- Butcher

- Patriot Flag

- The Court

- Astronaut

Background

- Teal

- Black

- Red

- Purple

- Mustard

   

- Blockasset

- Octagon

Count’s Lair

 

Jonah Lomu

Blockasset Jonah Lomu
 

Jonah Tali Lomu merupakan seorang atlet dalam dunia sukan ragbi yang mewakili negara New Zealand yang dilahirkan pada 12 Mei 1975. Lomu adalah pemain All Black termuda yang bermain pada peringkat antarabangsa pertama ketika berumur 19 tahun 45 hari pada tahun 1994. Beraksi di bahagian sayap, Lomu menamatkan karier antarabangsa dengan 63 penampilan dan 37 percubaan. Kehebatan dan keunikan dalam sukan ragbi telah menjadikan beliau superstar yang dikenali peminat di serata dunia. Lomu telah dilantik dalam International Rugby Hall of Fame pada 9 Oktober 2007 dan IRB Hall of Fame pada 24 Oktober 2011.

Apa yang menyedihkan sepanjang aktif dalam ragbi, Lomu telah mengalami masalah penyakit seperti masalah buah pinggang semenjak tahun 1995. Penyakit ini telah memberi impak ketara dalam kerjayanya sebagai pemain ragbi. Pada 18 November 2015, dunia sukan ragbi telah dikejutkan kematian seorang legenda. Jonah Lomu telah meninggal dunia disebabkan masalah komplikasi serangan jantung yang dikaitkan dengan keadaan buah pinggangnya.

Dalam Blockasset, tahap rarity NFT Jonah Lomu seperti berikut:

Gambar: Blockasset
Category Common Uncommon Rare Super Rare Epic Legendary
Base Standard Old Young      
Accessory  

- No Trait

- Ball

- Old Ball

- NZ Ball

- Boots

- Crown Ball

- Egg Ball

- Gold Chain

- Fire Ball

- Boom Box

Diamond Ball
Head Gear No Trait Blockasset snapback

- Headband

- Hat

  Halo Crown
Face No Trait Haka Sweat   Bane  
Mouth No Trait Solana Mouthguard NZ Mouth Guard   Diamond Grill Dosbrak Bandana
Eyes No Trait Wayfarers Eye Injury Laser Eyes    
Clothing NZ Jersey Solana Jersey

- NZ Away Jersey

- CM Jersey

- Blue Suit

Shirt

- Yellow Jersey

- NZ Old Jersey

- Black Tie

- Astronaut

Background

- Black

- Orange

- Red

- Purple

- Blue

   

- Blockasset

- Gold

- New Zealand
 

Kesimpulan

Secara keseluruhannya, Blockasset merupakan NFT berbentuk lukisan daripada legenda dalam permainan sukan seperti Wayne Rooney, Muhammad Ali, Jonah Lomu, Alexander Overchkin dan Michael Bisping. Sekiranya anda berminat terhadap NFT Blockasset ini dan ingin menilai tahap keunikan (rarity) setiap jenis karakter Blockasset berdasarkan harga jualan, anda boleh membuat penilaian melalui laman web kami CrepeToast.

Untuk mengetahui maklumat lebih lanjut mengenai NFT ini, Blockasset juga mempunyai beberapa laman sosial yang membincangkan mengenai perkembangan hala tuju terkini dalam komuniti Blockasset. Antaranya adalah discord, twitter dan telegram.