2021-10-24

Decentraland: Platform Hartanah di Dunia Maya


Decentraland adalah platform realiti maya yang didukung oleh Ethereum di mana pengguna boleh bermain, meneroka dan beinteraksi dengan pelbagai permainan dan aktiviti. Pengguna juga dapat membeli, membina dan menjual hartanah digital, karya seni atau NFT

Pada tahun 2015, Decentraland diciptakan oleh Esteban Ordano dan Ariel Meilich dan dilancarkan pada tahun 2017. Pada peringkat permulaan, Decentraland merupakan dunia digital dalam bentuk dua dimensi dan diberi nama Zaman Batu. Selepas itu, dunia Decentraland dikembangkan lagi dengan menambahkan dunia tiga dimensi yang dikenali sebagai Zaman Gangsa.

Pada peringkat seterusnya, persekitaran Decentraland terus dikembangkan melalui rangkaian P2P, di mana pemain boleh mencipta aplikasi, kandungan interaktif dan berkomunikasi dengan pemain lain. Dunia ini dinamakan sebagai Zaman Besi. Pada peringkat akhir, Decentraland disokong oleh Ethereum untuk menyokong ekosistem dalam dunia Decentraland.

 
Decentraland 1
Sumber gambar: Medium
 

Artikel ini akan menceritakan token permainan yang digunakan dalam Decentraland, cara bermain, perisian yang digunakan untuk membina permainan atau kandungan dan kesimpulan.

Token Permainan

 

Terdapat dua token utama yang digunakan dalam permainan ini iaitu:

1. MANA

 

MANA merupakan token ERC-20 yang digunakan untuk membeli LAND.

2. LAND

 

LAND merupakan ruang maya 3D dan aset digital yang digunakan untuk menentukan pemilikan hartanah. LAND dibahagikan kepada bidang yang dikenali sebagai parcel yang menggunakan koordinat Cartesian (x,y). Saiz parcel adalah 16m x 16m atau bersamaan dengan 52 kaki x 52 kaki manakala ketinggian parcel bergantung had yang dibenarkan bagi setiap kandungan (dikenali sebagai scene) yang ingin dibina oleh pengguna. Estate pula merupakan gabungan di antara dua atau lebih LAND yang bersebelahan di antara satu sama lain.

Bagaimana cara bermain Decentraland?

 

Membuka akaun

 

Pemain boleh membuka akaun Formatic atau log masuk dengan menggunakan akaun Metamask. Pemain juga mempunyai pilihan untuk bermain sebagai guest untuk membiasakan diri dengan mekanik permainan.

Membeli LAND

 

Pemain boleh membeli LAND di marketplace Decentraland atau pasaran terbuka seperti di OpenSea untuk melihat semua LAND dalam saiz parcel atau estate. Pemain boleh menyaring harga LAND mengikut pilihan pemain seperti menyaring harga LAND mengikut LAND yang baru disenaraikan di dalam marketplace.

Decentraland Marketplace
Sumber gambar: Decentraland
 

Mengakses Marketplace

 

Marketplace membenarkan pemain untuk melakukan beberapa aktiviti iaitu:

  1. Menjual LAND dalam bentuk parcel atau estate wearables dan nama unik. Pemain juga boleh menentukan harga dan meletakkan tarikh luput bagi setiap tawaran.
  2. Membeli LAND dalam bentuk parcel atau estate wearables dan nama unik yang dijual oleh pemain lain
  3. Memindahkan LAND dalam bentuk parcel atau estate kepada pemain atau pengguna lain
  4. Menjelajah dunia Decentraland melalui peta untuk melihat pemilik LAND, jenis wearables yang ada dan nama unik
  5. Memberi nama terhadap LAND yang dimiliki dan menyediakan keterangan umum
  6. Memberi kebenaran kepada pengguna atau pemain lain untuk mengedit LAND yang dimiliki.

Di dalam marketplace, pemain juga boleh melihat dunia Decentraland secara pandangan Atlas. Pandangan Atlas memberi perspektif secara langsung kepada pemain dari segi kod warna LAND, jalan, district dan plaza yang terdapat di Decentraland.

Decentraland Atlas
Sumber gambar: Decentraland
 

Apa yang boleh dibuat dengan LAND?

 

Seperti permainan The Sandbox, selepas pemain membeli LAND, pemain (pemilik LAND) boleh:

1. Bermain dan mencipta permainan

 

Pemain diberi kebebasan untuk mencipta scenes di atas LAND seperti bangunan, permainan atau aktiviti mengikut kreativiti pemain tersendiri.

2. Memperoleh token MANA

 

Pemain boleh menghasilkan MANA melalui pelbagai cara seperti menyewa LAND kepada pemain atau pengguna lain, mengenakan cas dalam bentuk MANA kepada pengunjung yang mengunjungi LAND atau kepada pemain yang ingin bermain permainan yang terdapat di LAND, memperoleh MANA melalui permainan-permainan yang terdapat di dalam Decentraland dan sebagainya.

3. Mengendalikan pertandingan dan events

 

Pemain juga boleh mengadakan pertandingan dan events di atas LAND untuk menarik perhatian daripada pemain-pemain lain agar mereka boleh mengunjungi dan menyertai pertandingan yang diadakan. Melalui pertandingan ini, pemain boleh mengenakan cas dalam bentuk token MANA terhadap peserta dan menyediakan ganjaran dalam bentuk MANA, NFT atau sebagainya.

Aktiviti pembangunan yang popular di Decentraland

 

1. Galeri seni

 

Pemilik galeri boleh mempamerkan dan memperdagangkan karya NFT seperti Cryptopunks dan Cryptokitties.

2. Permainan

 

Antara permainan yang paling popular adalah Whac-a-mole.

3. Persembahan maya

 

Acara kerap diadakan melalui kelab musik di mana pemilik kelab mengadakan konsert yang boleh dihadiri oleh pemain lain.

Mencipta permainan atau scenes di atas LAND

 

1. The Builder

 

The Builder adalah alat penyunting visual yang membolehkan pemain atau pereka cipta permainan mencipta dan menerbitkan scenes dalam Decentraland. The Builder merupakan alat dalam talian dan pemain boleh melawat laman web builder.decentraland.org tanpa perlu memuat turun. Alat penyunting ini boleh dikatakan sesuai kepada pemain-pemain yang tidak mempunyai pengalaman dalam mereka cipta permainan untuk mula mereka permainan mengikut citarasa pemain sendiri.

Builder
Sumber gambar: Decentraland
 

Untuk rujukan yang lebih lanjut, anda boleh melihat panduan The Builder di sini.

2. Software Development Kit (SDK)

 

SDK adalah perisian yang membenarkan pemain atau pereka permainan mencipta scenes dengan menulis kod. Sebelum menggunakan perisian ini, pemain mestilah memuat turun Command Line Interface (CLI) untuk membolehkan pemain menyusun, melihat, menguji dan memuat naik scenes.

Bagi pemain yang tidak mempunyai pengalaman dalam pengekodan, pemain boleh merujuk panduan yang disediakan di Decentraland Development Guide atau mengupah pemain lain atau artis yang berpengalaman.

Rumusan

 

Decentraland adalah tempat permainan pertama yang dikuasakan oleh Ethereum yang membenarkan pengguna membeli dan memiliki harta maya. Ekosistem Decentraland yang serbaguna menjadikan pemain dapat memperoleh dan menghasilkan wang melalui kandungan digital yang dibina.

Rujukan

 
  1. Decentraland
  2. Decentraland documentation