2021-10-20

Lost Relics: Permainan Aksi Pengembaraan Berasaskan Enjin Blockchain


Lost Relics merupakan permainan Action-Adventure Role-playing Game (ARPG) yang dikuasakan oleh Unity dan menggunakan Enjin sebagai blockchain bagi barang-barang yang diperoleh dalam permainan. Permainan Lost Relics ini diinspirasikan oleh permainan Diablo yang berkonsepkan hack dan slash di dalam dungeon. Permainan yang masih berada di peringkat pra-alfa ini mempunyai seramai 8,285 pemain aktif bulanan.

 
Sumber gambar: Token Gamer
 

Dari segi kedudukan dalam marketplace, Lost Relics berada di tangga teratas mengatasi permainan dan aplikasi lain di Enjin dengan jumlah dagangan bulanan sebanyak 59,958.62 ENJ.

 
Sumber gambar: Enjin
 

Cara bermain Lost Relics

 

Disebabkan permainan ini menggunakan blockchain Enjin, pemain mestilah memuat turun dompet digital Enjin untuk pembayaran dan pemindahan barang-barang blockchain yang diperoleh di antara in-game marketplace dan dompet digital. Terdapat dua cara yang membenarkan pemain untuk mengakses permainan ini iaitu:

1. Bermain secara percuma

 

Pemain boleh mengakses permainan ini secara percuma dengan membuka akaun di laman web permainan ini iaitu dengan mendaftar emel untuk tujuan pengaktifan. Emel pengaktifan akan dihantar dan pemain boleh memuat turun permainan ini setelah akaun telah diaktifkan. Namun, buat masa ini, pemain yang memilih untuk bermain secara percuma mungkin terpaksa menunggu dalam tempoh yang lama disebabkan permainan ini masih berada di peringkat pra-alfa.

2. Keahlian

 

Pemain juga boleh membeli pendant di kedai maya yang terdapat di laman web permainan ini untuk mengaktifkan akaun. Pembayaran mestilah dilakukan melalui dompet digital Enjin pemain dengan mengimbas kod QR yang disediakan dan menyediakan jumlah ETH yang mencukupi untuk membayar kos gas. Apabila pemain membeli pendant, secara tidak langsung pemain membeli keahlian untuk beberapa tempoh tertentu mengikut jenis pendant yang dibeli. Terdapat tiga jenis pendant iaitu pendant untuk 7 hari, 30 hari dan 90 hari. Namun, untuk mengaktifkan akaun, pemain perlu mendapatkan sekurang-kurangnya pendant 7 hari. Selepas membeli pendant, pemain boleh mengaktifkan akaun mereka manakala keahlian pemain boleh diaktifkan pada bila-bila masa.

 
Sumber gambar: Lost Relics
 

Faedah-faedah yang boleh diperoleh oleh pemain apabila menjadi ahli adalah seperti yang dinyatakan dalam gambar di bawah.

 
Sumber gambar: Lost Relics
 

Dompet digital Enjin

 

Dompet digital Enjin merupakan salah satu tempat yang boleh menyimpan barang blockchain selain di dalam stash. Barang blockchain yang disimpan dalam dompet digital boleh dijual di pasaran luar seperti Opensea dan Enjinx. Pemain boleh memindahkan barang blockchain daripada akaun pemain ke dalam dompet digital Enjin. Walau bagaimanapun, pemain memerlukan transfer crystals yang berfungsi sebagai yuran untuk membayar kos penghantaran ke dompet digital digital.

Transfer crystals hanya diperlukan apabila pemain ingin memindahkan barang blockchain ke dalam dompet digital. Transfer crystals ini boleh dibeli di laman web permainan ini atau di Royal Emporium. Jumlah transfer crystals adalah berdasarkan harga gas Ethereum semasa dan bilangan barang yang ingin dipindahkan.

 
Sumber gambar: Lost Relics
 

Mata wang permainan

 

Terdapat dua jenis mata wang yang digunakan di dalam permainan ini iaitu:

1. Shadowstones

 

Shadowstones merupakan mata wang yang digunakan untuk membeli barang blockchain di in-game marketplace yang membenarkan pemain berdagang barang blockchain tanpa sebarang shadowstones menggunakan dompet digital Enjin. Satu shadowstones bersamaan dengan 0.01 JENJ.

 
Sumber gambar: Medium
 

Sekiranya pemain tidak mempunyai mata wang JENJ, pemain boleh menukarkan mata wang ENJ kepada JENJ melalui dompet digital Enjin. Walau bagaimanapun, buat masa ini, Shadowstones tidak boleh ditukar semula kepada JENJ.

2. Gold coins

 

Gold coins merupakan mata wang yang digunakan untuk membeli barang virtual di in-game marketplace. Pemain boleh memperoleh gold coins melalui quests dan pengembaraan.

Tutorial quests

 

Apabila pemain memulakan permainan, pemain mestilah menyelesaikan tutorial quests dan mencapai tahap lima untuk membuka semua ciri di kota Talmuth (rujuk gambar di bawah). Melalui tutorial quests ini, pemain dapat membiasakan diri dengan susun atur bandar dan memahami mekanik permainan secara asas.

 
Sumber gambar: Pro Gaming Crew
 

Stash

 

Stash merupakan tempat simpanan barang-barang yang diperoleh sepanjang permainan dan berada di Tavern. Secara umumnya, stash mempunyai ruang yang tidak terhad dan barang-barang yang disimpan di dalam stash boleh di dagang di in-game marketplace yang dikenali sebagai royal emporium. Selain itu, barang-barang yang dibeli di dalam Royal Emporium juga akan disimpan ke dalam stash.

Pengembaraan

 

Apabila pemain sudah bersedia untuk memulakan pengembaraan pertama, pemain akan melihat sebuah gua. Pemain perlu masuk ke dalam gua iniuntuk memilih pengembaraan yang pemain inginkan. Pemain juga disarankan untuk membawa barang biasa (common item) bersama mereka untuk beberapa pengembaraan pertama supaya mereka dapat membiasakan diri dengan mekanik permainan. Hal ini demikian kerana semua barang yang diperoleh semasa dalam pengembaraan kecuali barang blockchain akan hilang apabila pemain tewas ketika dalam permainan. Oleh itu, pemain disarankan untuk menyimpan barang-barang tersebut di dalam stash sebelum bergerak kepada pengembaraan seterusnya.

Sekiranya pemain tersalah masuk ke dalam pengembaraan secara tidak sengaja, pemain boleh meninggalkan pengembaraan tersebut tanpa mengalami apa-apa kerugian dengan syarat pemain tidak menyerang monsters dalam pengembaraan itu atau tidak melebihi ruang masuk pengembaraan.

Dalam pengembaraan, pemain boleh memperoleh barang virtual, barang blockchain dan gold coins. Bagi barang blockchain, pemain hanya boleh mengambil satu barang sahaja dari sebarang pengembaraan melainkan pemain merupakan seorang ahli. Setelah pemain sudah selesa dengan mekanik permainan di dalam beberapa pengembaraan pertama, pemain boleh beralih ke pengembaraan seterusnya. Gambar di bawah menunjukkan pengembaraan di Arcane Pits.

 
Sumber gambar: Pro Gaming Crew
 

Pada masa ini, terdapat 15 jenis pengembaraan iaitu Forgotten Chambers, Vemmin Desert, Olkepth Caverns, Bron Woodlands, Shallow Swamps, Okhir Jungle, Solt Beach, Visum Vaults, Odenspire Sands, Arcane Pits, Isle of Arl Endith, Zenarthil Wasteland, Ash Woods, Trayl Woods dan Mount Olkepth.

 
Sumber gambar: Medium
 

Peralatan

 

Sesetengah bounties atau quests akan melibatkan penuaian sumber (resource harvesting). Pemain perlu memastikan mereka mempunyai peralatan yang diperlukan dalam inventori sebelum memulakan pengembaraan. Setiap pengembaraan akan menunjukkan monsters, loots yang mungkin boleh diperoleh dan resource. Selepas beberapa pengembaraan, pemain seharusnya mempunyai wang yang cukup, hasil daripada menjual atau looting untuk membeli pickaxe supaya mereka boleh memulakan mining dalam pengembaraan awal.

Rooms

 

Kadang-kadang, pemain akan menemui sebuah bilik (room) yang mempunyai batu besar yang menghalang jalan (rujuk gambar di bawah). Untuk melepasi batu tersebut, pemain perlu menyerangnya berulang kali dengan senjata jarak dekat (melee weapon) mereka. Selain itu, pemain juga boleh menggunakan bom untuk memusnahkan batu tersebut dengan lebih cepat.

 
Sumber gambar: Pro Gaming Crew
 

Penyerang-penyerang juga akan muncul (spawn) setelah pemain melakukan serangan yang banyak ke atas batu besar. Penyerang-penyerang ini muncul berdasarkan jumlah serangan yang diterima oleh batu tersebut. Terdapat tiga jenis penyerang iaitu Rier, Wrune dan Ogum. Ogum merupakan penyerang yang paling berbahaya namun pemain boleh mengelak daripada diserang oleh Ogum dengan menghancurkan batu dalam jumlah serangan yang sedikit.

Hazards

 

Pengembaraan dungeon mempunyai bilik-bilik (rooms) yang mengandungi hazards seperti kolam lava, kolam racun dan perangkap api. Semasa pemain berlari di sepanjang jalan di dalam dungeon, pemain boleh bertemu hazards secara tidak sengaja. Pemain mungkin dapat bertahan apabila mereka dapat keluar daripada hazards tersebut, namun pemain mungkin akan mati sekiranya tahap kesihatan pemain dalam permainan sudah rendah. Barang loot juga sentiasa drop di kawasan hazards. Oleh itu, pemain perlu melengkapi diri mereka dengan healing items dan anti-effect potions untuk mendapatkan barang loot dengan jayanya.

Breakables

 

Terdapat objek tertentu yang mudah pecah dalam pengembaraan dan ia akan terserlah (highlight) apabila pemain mengarahkan tetikus ke arah objek tersebut. Pemain perlu menyerang objek untuk memecahkannya. Kadang-kadang, objek ini mengandungi gold atau barang. Pemain yang membawa haiwan peliharaan mereka boleh membantu mereka untuk memecahkan objek-objek tersebut.

Barang

 

Terdapat dua jenis barang yang boleh diperoleh oleh pemain sepanjang bermain permainan ini iaitu:

1. Barang virtual

 

Barang virtual merupakan barang yang boleh didagangkan di dalam Royal Emporium. Sesetengah barang mempunyai bilangan yang terhad. Apabila bekalan barang tersebut telah tiada, barang ini boleh diperoleh melalui dagangan antara pemain-pemain lain. Terdapat 7 jenis barang virtual iaitu Common, Uncommon, Rare, Epic, Legendary, Mythica dan Transcendent. Barang Common merupakan barang yang paling mudah untuk diperoleh.

 
Sumber gambar: Lost Relics
 

2. Barang blockchain

 

Barang blockchain merupakan barang yang disokong oleh Ethereum blockchain. Kemungkinan hanya sebilangan pemain yang memperoleh sekurang-kurangnya satu daripada semua barang yang terdapat dalam permainan. Barang blockchain boleh didagangkan di Royal Emporium, di antara pemain secara peribadi, atau di pasaran terbuka seperti Enjix atau Opensea.

Seperti barang virtual, barang blockchain juga mempunyai bilangan yang terhad. Beberapa barang berharga digunakan untuk mendapatkan barang berharga lain melalui Quests. Terdapat juga beberapa barang berharga yang lain yang hanya boleh diperoleh melalui pengembaraan manakala yang lain boleh diperoleh melalui Quests dan Encounters

 
Sumber gambar: Lost Relics
 

Keluar dari pengembaraan

 

Apabila pemain berjaya bertahan sehingga akhir dalam sesebuah pengembaraan, pemain mestilah mencari portal keluar. Portal ini juga mungkin tidak ada di mana-mana ruang di dalam dungeons sehingga pemain memusnahkan Warden. Warden merupakan salah satu bos yang terdapat di dalam dungeons.

Sekiranya pemain tewas sebelum keluar daripada pengembaraan, semua jenis pengalaman (EXP) yang diperoleh semasa pengembaraan, barang virtual yang diperoleh daripada pengembaraan semasa dan barang virtual yang dibawa ke dalam pengembaraan akan hilang.

Untuk mengelakkan daripada kehilangan, pemain boleh membeli teleport scroll yang berfungsi untuk memindahkan pemain keluar dari pengembaraan. Pemain boleh menggunakan teleport scroll ini apabila pemain sedar bahawa mereka hampir tewas di dalam pengembaraan.

Royal Emporium

 

Royal Emporium merupakan in-game marketplace di mana pemain boleh menjual dan membeli barang virtual dan barang blockchain. Barang virtual yang diperolehi oleh pemain boleh disimpan di dalam stash atau dijual untuk mendapatkan gold coins manakala barang blockchain juga boleh dijual untuk mendapatkan shadowstones.

 
Sumber gambar: Pro Gaming Crew
 

Bounties

 

Selepas pemain menyelesaikan lima tutorial quests dan beberapa quests baru, sistem quests baru akan dipanggil sebagai Bounties. Bounties akan diperbaharui semula setiap minggu dan menawarkan Bounty Chests dan Bounty Bucks sebagai ganjaran apabila pemain menyelesaikannya.

Crafting

 

Sebaik sahaja pemain memperoleh gold coins, pemain mempunyai pilihan untuk membuat roti sendiri dengan mengunjungi kedai umum dan membeli beberapa jag kosong. Pemain perlu membawa jag kosong ini ke telaga yang terletak berhampiran dengan kedai untuk mengisinya. Kemudian, pemain perlu pergi ke meja alchemy di bandar dan mendapatkan tepung percuma. Akhir sekali, pemain perlu memasak roti tersebut dengan memastikan mereka mempunyai jag yang diisikan air dan tepung. Semasa proses memasak, terdapat kebarangkalian bahawa roti yang dimasak akan hangus. Apabila ini berlaku, pemain akan kehilangan jag yang dibeli tadi. Sebagai alternatif, sekiranya pemain mempunyai gold coins yang mencukupi, pemain boleh membelinya di Royal Emporium

Rumusan

 

Kesimpulannya, permainan Lost Relics adalah permainan free-to-play di mana pemain menjalankan siri quest dan mendapatkan ganjaran. Bagi pemain yang ingin terus bermain permainan ini tanpa perlu menunggu akses percuma, mereka boleh membeli pendant untuk merasai faedah ahli terutamanya bagi barang-barang blockchain yang boleh didagangkan. Walaupun permainan Lost Relics ini masih berada di peringkat alfa, komuniti pemain boleh dikatakan aktif dan updates sentiasa dikemaskini oleh developer dan disiarkan di dalam saluran Discord dan Telegram.

Rujukan

 
  1. Enjin
  2. Lost Relics
  3. Medium
  4. Lost Relics Wiki