2021-12-15

Axie Infinity: Jana Pendapatan dengan Permainan Atas Talian


Axie Infinity adalah permainan blockchain popular yang diilhamkan oleh siri permainan Pokémon dan Tamagotchi. Permainan ini membolehkan pemain mengumpulkan haiwan peliharaan digital yang berbeza yang dikenali sebagai Axies. Selain itu, pemain dapat memelihara, membiak, bertempur dan memperdagangkan Axie di pasaran.

Sumber gambar: Axie Infinity
 

Pada November 2021, Axie Infinity mempunyai lebih daripada 2 juta pemain aktif harian dan akan mencecah 3 juta tidak lama lagi. Filipina merupakan negara tertinggi yang mempunyai bilangan pemain aktif harian yang mencecah sehingga 40%. Permainan Axie Infinity juga dijadikan sumber pendapatan bagi mereka yang kehilangan punca pendapatan ketika pandemik.

Apa itu AXS dan SLP?

 

Terdapat dua token utama yang digunakan dalam permainan ini iaitu:

1) Axie Infinity Shards (AXS)

 

AXS merupakan token tadbir urus asli Axie Infinity dan pada masa ini, pemain boleh menggunakan AXS untuk membayar kos pembiakan bagi Axie. Pemain juga boleh memperoleh AXS sebagai hadiah dalam kejohanan yang dianjurkan.

2) Smooth Love Potions

Smooth Love Potions sebelum ini dikenali sebagai Small Love Potion.
 

SLP merupakan token yang boleh diperoleh oleh pemain melalui permainan dan digunakan untuk membiakkan Axie baru.

Kedua-dua AXS dan SLP adalah token ERC-20 yang dapat didagangkan di rangkaian Ethereum.

Bagaimana Axie Infinity Berfungsi?

 

Setiap Axie adalah unik dan diwakili oleh token ERC-721 NFT.

Sumber gambar: The Lunacia
 

Statistik

 

Setiap Axie mempunyai empat statistik: Health, Morale, Skill dan Speed. Setiap statistik ini memainkan peranan penting dalam mod pertempuran Axie dan bergantung kepada dua perkara iaitu kelas Axie dan bahagian badan Axie.

1) Kelas Axie

 

Setiap Axie mempunyai kelas dan setiap kelas mempunyai kekuatan dan kelemahan masing-masing terhadap kelas lain. Di dalam Axie Infinity, terdapat 9 kelas yang terdiri daripada Aquatic, Beast, Bird, Bug, Plant, Reptile, Dawn, Dusk dan Mech.

Sumber gambar: Chill Axie.
 

Sebagai contoh, Plant Axie yang menyerang Bird Axie menyebabkan Bird Axie menerima damage tambahan sebanyak 15%. Sebaliknya, sekiranya Bird Axie menyerang Plant Axie, damage yang dikenakan berkurang sebanyak 15%. Kelas juga mempengaruhi statistik yang dimiliki oleh Axie.

Sumber gambar: The Lunacian
 

2) Bahagian badan Axie

 

Axie terdiri daripada enam bahagian badan iaitu belakang, telinga, mata, tanduk, mulut dan ekor. Bahagian belakang, tanduk, mulut dan ekor menentukan kad-kad yang digunakan oleh Axie dalam pertempuran. Setiap bahagian badan dapat menambahkan statistik Axie berdasarkan kelas bahagian badan. Sebagai contoh, sekiranya Plant Axie mempunyai bahagian belakang dari kelas Reptile, ia memperoleh statistik tambahan 3 HP + 1 Speed.

Kelas Bahagian Badan

Statistik Tambahan

Plant

13 HP + 1 Morale

Reptile

13 HP + 1 Speed

Bird

13 Speed + 1 Morale

Aquatic

13 Speed + 1 HP

Beast

13 Morale + 1 Speed

Bug

13 Morale + 1 HP

 

 

Mod Pertempuran

 

Sistem pertempuran Axie adalah permainan kad berasaskan giliran yang bertujuan untuk menghapuskan semua musuh yang dihadapi oleh pasukan Axie. Pasukan terdiri daripada 3 Axies. Dalam setiap giliran, pemain mestilah bermain kad secara strategik untuk memaksimumkan peluang kemenangan. Axie Infinity mempunyai 2 mod pertempuran iaitu Adventure dan Arena.

1) Mod Adventure (PVE)

 

Dalam mod ini, pemain akan bertempur dengan monsters untuk memperoleh EXP dan meningkat tahap Axie (level up) bagi setiap tahap Adventure yang dikenali sebagai Ruin. Terdapat 36 Ruin di dalam mod ini dan pemain yang memenangi setiap pertempuran akan diberi ganjaran SLP mengikut Ruin yang dimainkan. Terkini, pemain boleh mengumpul SLP sebanyak 50 setiap hari.

Sumber gambar: Medium
 

2) Mod Arena (PVP)

 

Dalam mod ini, pemain akan bertempur dengan pemain lain mengikut rating atau dikenali sebagai Matchmaking Rating (MMR). Mod Arena menjadi tumpuan pemain kerana ia dapat meningkatkan MMR pemain dan memperoleh SLP sebagai ganjaran apabila pemain menang. Sebaliknya, sekiranya kalah, pemain tidak menerima SLP dan MMR juga akan menurun. SLP yang diperoleh bergantung kepada MMR pemain. Sekiranya MMR pemain berada di bawah 800, pemain tidak akan memperoleh SLP, sebaliknya pemain boleh meningkatkan MMR.

Sumber gambar: Medium

 

Pembiakan Axies

 

Axie juga dapat dibiakkan untuk menghasilkan Axie yang mempunyai kombinasi rare. Bagi mengawal populasi Axies, setiap Axie hanya boleh dibiakkan sehingga tujuh kali sahaja. Setiap pembiakan Axie pula memerlukan SLP sebagai kos pembiakan yang berbeza mengikut bilangan pembiakan dan 0.5 AXS sebagai yuran pembiakan. Sebagai contoh, pembiakan kali pertama memerlukan 900 SLP bagi setiap parent. Kos pembiakan ini boleh meningkat sehingga 15,300 SLP pada peringkat pembiakan kali ketujuh (kali terakhir).

Source: The Lunacian

 

Tanah maya

 

Dalam Axie Infinity, terdapat 5 jenis tanah iaitu Savannah, Forest, Arctic, Mystic dan Genesis. Tanah ini boleh dibeli dan digunakan sebagai kediaman Axies. Dari masa ke masa, pemain dapat memajukan tanah ini menggunakan sumber dan bahan pembuatan yang boleh diperoleh semasa bermain permainan ini.

Sumber gambar: Axie Infinity
 

Play-to-Earn dalam Axie Infinity

 

Pemain boleh menjana pendapatan dalam AXS dan SLP melalui mod Adventure , mod Arena dan menyiapkan Quest harian. Selain itu, pemain juga boleh menyertai kejohanan yang dianjurkan oleh organisasi tertentu yang menawarkan hadiah lumayan yang berbentuk AXS, ETH, tanah maya dan lain-lain lagi.

Bagaimana cara nak mula Axie Infinity?

 

Pengguna mempunyai wallet Metamask dan membeli ETH. Seterusnya, pengguna perlu deposit ETH tersebut ke dalam wallet Ronin. Pengguna juga perlu mendapatkan minimum 3 Axies dengan cara membeli Axies di marketplace atau mendapatkan melalui biasiswa Axie Infinity.

Ketika artikel ini ditulis, purata harga termurah bagi 3 Axies sekitar USD 613, di mana purata harga ini lebih murah berbanding awal bulan Ogos yang sekitar USD 1,300. Walau bagaimanapun, harga Axie ini bergantung kepada bahagian badan, kebolehan dan kemahiran Axie. Semakin tinggi kebolehan dan kemahiran Axie, semakin tinggi harga bagi satu Axie.

Kemudian, muat turun aplikasi Axie Infinity. Aplikasi ini tersedia di peranti mudah alih atau komputer.

Biasiswa Axie Infinity

 

Ekonomi Axie Infinity berkembang dengan pesat disebabkan oleh terdapat ratusan ribu pemain yang bermain untuk menjana pendapatan sehingga terbentuk ekonomi biasiswa Axie Infinity. Secara umumnya, pemain yang mempunyai Axies yang banyak (dikenali sebagai Manager), meminjamkan tiga Axies kepada Scholars. Scholars akan menggunakan tiga Axies ini untuk bermain dan mengumpulkan SLP, AXS atau kedua-duanya. SLP yang dikumpulkan akan dibahagi di antara Scholars dan Manager mengikut kadar yang ditetapkan dalam perjanjian.

Rujukan:

 
  1. Axie Infinity
  2. The Lunacian
  3. Player Counter