2021-11-11

Cara Buka Akaun Luno dan Menggunakannya


Baru-baru ini, Bitcoin telah berjaya membuat all time high dengan kenaikan mencecah $ 69,000 iaitu lebih 130% peningkatan semenjak kejatuhannya sekitar Julai 2021. Pasaran matawang kripto kini telah melepasi 3 Trillion Dolar AS (Sumber: Bloomberg).

carta Bitcoin di CrepeToast

Hal ini telah menarik ramai pelabur-pelabur baru dan juga pelabur dari pasaran tradisional untuk melabur di dalam pasaran matawang kripto. Namun begitu, ramai yang tidak tahu cara untuk memulakan perjalanan mereka di dalam pasaran ini. Oleh itu, dalam artikel ini kami akan menerangkan cara termudah untuk anda memasuki pasaran kripto dengan menggunakan Luno.

Pengenalan

 

Luno dikategorikan sebagai Digital Asset Exchange (DAX) iaitu platform penukaran aset digital seperti matawang kripto. Ia adalah salah satu platform dagangan matawang kripto yang diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia untuk beroperasi di negara ini. Dengan menggunakan Luno, pelabur tempatan dapat menggunakan Ringgit Malaysia untuk membeli dan menjual matawang kripto. Terdapat beberapa matawang kripto yang boleh dibeli di Luno, iaitu Bitcoin, Ethereum, Bitcoin Cash, Ripple dan juga Litecoin.

Luno

 

Cara membuka akaun Luno

 
Jika anda belum pernah membuka akaun Luno dan ingin mula melabur di dalam pasaran matawang kripto, anda boleh mengikuti langkah-langkah seperti di bawah. Selain melawat laman sesawang Luno, anda juga boleh memuat turun aplikasi peranti Luno di App Store dan Google Play.
 

1. Pendaftaran

 
Tekan Sign Up dan masukkan nama pengguna dan kata kunci yang anda hendak gunakan. Kemudian, emel pengesahan akan dihantar kepada anda. Tekan Confirm My Email untuk mengesahkan akaun.
 
Pendaftaran Luno
 
Selepas membuat pengesahan, isikan butiran diri anda dan muat naik gambar kad pengenalan beserta bukti alamat rumah yang jelas ke dalam akaun Luno anda. Anda juga akan diminta untuk mengambil swafoto bagi memastikan akaun ini dibuka oleh anda sendiri.
 

2. Masukkan kod referal

 
Usai pendaftaran, jangan lupa untuk memasukkan kod referal sebelum membuat apa-apa pembelian aset. Anda hanya perlu klik Reward di bahagian bawah aplikasi ini, kemudian masukkan kod referal. Jika anda tidak mempunyai kod referal, boleh pilih sahaja kod-kod referal yang terdapat di sini. Dengan menggunakan kod referal, anda akan menerima hadiah bonus sebanyak RM 25 di dalam bentuk Bitcoin apabila anda deposit dan membeli aset bernilai sekurangnya RM 250.
 
Masukkan kod referal

 

3. Cara deposit wang ke dalam akaun

 

Pertama sekali, pilih Ringgit Malaysia dan tekan deposit. Masukkan jumlah wang yang ingin anda deposit ke dalam akaun Luno. Amaun minima yang boleh dimasukkan adalah RM 10. Namun, harus diingatkan bahawa setiap deposit di bawah RM 100 akan dikenakan caj sebanyak RM 0.70. Manakala untuk RM 100 ke atas, deposit adalah percuma.

cara deposit wang ke dalam Luno

 

4. Cara membuat pembelian

 
Terdapat 2 cara untuk membuat pembelian; Instant atau melalui Exchange. Untuk instant, anda hanya perlu klik Buy dan pilih aset yang anda mahukan, kemudian pilih cara pembayaran.
 
Cara membuat pembelian

 

Jika anda hendak menggunakan exchange, anda perlu klik pada butang '...' seperti di dalam gambar di bawah, dan pilih exchange.

 
Pembelian melalui exchange
 
Seterusnya anda perlu memilih sama ada untuk membeli pada harga Limit atau harga Market. Masukkan cara pembayaran (dalam bentuk MYR, BTC, ETH atau selebihnya) dan jumlah yang ingin anda beli. Kemudian klik Buy.
 
cara pembelian melalui exchange

 

Nota: Untuk mendapatkan bonus RM 25, pembelian pertama sekurangnya RM 250 haruslah menggunakan instant buy. Pembelian melalui exchange tidak akan melayakkan anda untuk menerima bonus tersebut.

Cara membuat penjualan juga adalah lebih kurang sama. Anda hanya perlu klik butang Sell dan melakukan transaksi seperti biasa.
 
Untuk membaca tentang terma dan syarat penggunaan Luno, boleh baca di sini. Untuk pembacaan tentang caj-caj yang terdapat di Luno Malaysia pula, boleh rujuk di link ini.