2021-10-25

Cara Mudah untuk Membeli Solana di Malaysia


Akhir-akhir ini, nama mata wang kripto Solana (SOL) sering menjadi buah mulut di antara para pelabur mata wang kripto. SOL adalah salah satu mata wang kripto yang membuat 'comeback' atau kemunculan semula sejak kemerosotan pasaran pada 21 Julai 2021, dengan peningkatan hampir 1000%.

Peningkatan harga SOL sejak 21 Julai 2021
Peningkatan harga SOL dalam masa hanya tiga bulan

 

Pengenalan kepada Solana

 

SOL adalah mata wang asli kepada Solana. Solana ialah jaringan blockchain yang bertumpu kepada kelajuan transaksi dengan caj yang rendah. Idea asal penciptaan Solana telah dibuat pada tahun 2017 oleh Anatoly Yakovenko dan Greg Fitzgerald, namun, projek ini hanya dilancarkan pada Mac 2020.

Solana adalah projek sumber terbuka yang menggunakan teknologi blockchain bagi menyediakan penyelesaian untuk kewangan tidak berpusat (DeFi). Solana juga menyokong kontrak pintar. Protokol untuk projek ini dicipta untuk memudahkan pembikinan aplikasi tidak berpusat (DApps). Gabungan di antara mekanisme konsensus bukti sejarah (PoH) dan bukti pegangan (PoS) meluaskan lagi skalibiliti protokol tersebut.

Cara membeli Solana di Malaysia

 

Terdapat beberapa cara untuk membeli Solana di Malaysia. Namun, cara yang akan ditunjukkan di dalam artikel ini adalah dengan menggunakan Luno.

1. Pendaftaran akaun Luno

 

Pertama sekali, anda memerlukan akaun Luno. Jika anda belum mempunyai akaun bersama Luno, anda boleh mendaftar terlebih dahulu di laman sesawang rasmi mereka atau di aplikasi peranti pintar (ios atau android). Masukkan kod referral dari sini untuk mendapatkan RM 25 percuma (dalam nilai Bitcoin) apabila anda mendepositkan wang sekurangnya RM 250.

Pendaftaran akaun Luno melalui laman sesawang rasminya

 

2. Membeli Ripple (XRP) di Luno

 

Seterusnya, anda digalakkan untuk membeli mata wang kripto Ripple (XRP) kerana ia mempunyai caj transaksi termurah dan terpantas berbanding empat lagi mata wang kripto yang terdapat di dalam Luno.

Cara beli XRP

 

Cara beli XRP
 

3. Penghantaran XRP ke FTX

 

Usai pembelian, anda boleh menghantar XRP yang telah dibeli tadi ke FTX.com, iaitu sebuah laman dagangan milik Sam Bankman-Fried. Jika anda belum mempunyai akaun dagangan FTX, anda boleh mendaftarnya menggunakan link ini. Pastikan kod referral dimasukkan untuk mendapatkan pengurangan caj dagangan dan juga rebat.

Pendaftaran di laman sesawang FTX
Pendaftaran di laman sesawang FTX
 

Pastikan anda menghantar ke alamat wallet exchange yang betul untuk mengelakkan kehilangan dana. Anda hanya perlu click pada bahagian wallet > deposit > search: XRP. Copy alamat deposit XRP tersebut dan pastikan anda memilih rangkaian yang betul.

Penghantaran XRP ke FTX

 

Penghantaran XRP ke FTX
 

4. Penjualan XRP dan pembelian Solana (SOL)

 

Seterusnya, pergi kepada trade dan pilih pasangan dagangan XRP/ USDT. Tetapkan harga untuk limit sell atau anda juga boleh menjualnya dengan menggunakan market sell, iaitu penjualan serta merta mengikut harga yang sedang didagangkan pada waktu itu.

Setelah anda mempunyai mata wang USDT, anda boleh pergi semula ke bahagian trade dan cari pasangan dagangan SOL/ USDT pula. Langkahnya adalah sama seperti penjualan XRP tadi, namun berbeza sedikit kerana anda akan membuat pembelian. SOL atau Solana yang telah berjaya dibeli tadi akan dipaparkan di dalam exchange wallet anda. Anda boleh memilih untuk menghantarnya ke dompet digital atau membiarkan ia di dalam exchange wallet sahaja.

Jual XRP, beli SOL
 

5. Penyimpanan SOL

 

Jika anda memilih untuk menyimpan SOL di dalam exchange wallet, pastikan anda mengetahui risiko-risiko yang boleh terjadi seperti serangan penggodam atau penutupan exchange secara tiba-tiba. Jika tidak, anda boleh menyimpan SOL di dalam dompet digital Solana, seperti Phantom.

Untuk pembukaan akaun Phantom, boleh rujuk artikel ini.

Dompet digital Phantom
Simpan SOL di dompet digital Phantom