2021-10-27

Panduan Pendaftaran dan Penggunaan Dompet Digital Phantom


Phantom adalah dompet digital matawang kripto tidak dikawal yang membantu untuk mengakses aplikasi pemencaran kuasa (decentralized applications) pada blok rantai Solana dengan bantuan Ethereum dan juga lain-lain, tidak lama lagi.

Membuka akaun Phantom

 

Cara memuat turun dan membuka akaun boleh dilakukan di mana-mana browser yang menyokong dompet digital Phantom. Namun, untuk artikel ini, kami akan gunakan Google Chrome sebagai contoh.

Memuat turun dompet digital Phantom

 

Pertama sekali, anda harus pergi ke Phantom Download dan pilih Google Chrome. Tekan Add to Chrome > Add Extension. Anda kemudian akan dapat melihat Phantom muncul di dalam tab baharu.

 
Phantom Chrome extension
Tekan Add to Chrome
 

Perlu diingatkan, Phantom BELUM mempunyai aplikasi peranti mudah alih. Jika anda menjumpainya di Apple Store atau Google Play, elakkan untuk memuat turun aplikasi tersebut kerana dikhuatiri ia adalah aplikasi yang dicipta oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk mencuri akses kepada dompet digital Phantom anda.

Walau bagaimanapun, Phantom melaporkan bahawa mereka sedang di dalam proses untuk membawa dompet digital ini ke dalam aplikasi peranti mudah alih. Namun, belum diketahui bila ia akan dilancarkan.

Pendaftaran

 

Pilih "Create New Wallet" untuk membuka akaun jika anda belum pernah mempunyai akaun bersama Phantom. Kemudian, anda akan diberikan Secret Recovery Phrase. Salin perkataan-perkataan yang diberikan di tempat yang selamat dan mudah diingati. Elakkan screenshot atau menyimpan secret recovery phrase ini di dalam peranti untuk mengelakkan ia dicuri jika berlaku penggodaman.

Seterusnya, anda akan diminta untuk mencipta kata kunci untuk akaun anda. Kata kunci ini akan digunakan apabila anda hendak membuka dompet semula setelah tidak aktif menggunakannya.

Langkah-langkah pendaftaran Phantom
Langkah-langkah pendaftaran Phantom
 

Tahniah! Anda sudah berjaya membuka akaun Phantom dan boleh mula mendeposit Solana.

Deposit Solana ke Phantom

 

Terdapat beberapa cara untuk mendeposit Solana ke Phantom. Antara cara yang mudah untuk membeli Solana secara terus menggunakan matawang Ringgit Malaysia boleh dirujuk di artikel ini.