2021-12-22

MetaMask: Dompet Digital yang Menghubungkan Laman Web Terdesentralisasi


Terdapat bermacam cara untuk memperoleh keuntungan di dalam dunia kripto, antaranya ialah dengan berdagang, membeli, menjual dan menyimpan, Non-fungible Token (NFT), staking dan bermacam lagi.

Untuk proses atau aktiviti yang di buat di luar centralized exchange (CEX), ia perlu dilakukan dengan menggunakan dompet digital seperti MetaMask. Dompet digital ini adalah tempat untuk menyimpan kunci peribadi dengan selamat dan juga membenarkan transaksi menghantar dan menerima berlaku di dalamnya.

MetaMask

Dompet digital MetaMask adalah antara dompet digital yang popular dalam kalangan pelabur matawang kripto. Pada permulaannya, MetaMask hanya boleh di dapati pada browser extension seperti Google Chrome dan Firefox, kemudian MetaMask akhirnya telah mengeluarkan versi aplikasi peranti pintar pada tahun 2020.

MetaMask ialah dompet digital Ethereum dengan sumber terbuka yang menyokong semua jenis token berasaskan Ethereum seperti token ERC20 dan NFT. MetaMask adalah sama seperti dompet digital yang lain seperti Trust Wallet atau Ronin, namun perbezaannya dengan dompet digital lain ialah penggunaan antara muka dengan kontrak pintar dan aplikasi terdesentralisasi yang lancar dan mesra pengguna.

Membuka akaun MetaMask

1. Memuat turun

Pertama sekali, anda hendaklah pergi ke Metamask.io untuk memuat turun dompet digital MetaMask, atau anda boleh terus menekan pilihan pautan ini sama ada dengan menggunakan web browser extension (Chrome, Brave, Edge dan Firefox) atau aplikasi peranti pintar (iOS atau Android). Untuk artikel ini, kami akan menggunakan Google Chrome sebagai panduan.

Muat turun Chrome extension

Muat turun Chrome extension

Pilih add extension
Pilih 'Add extension'

Hanya semudah itu, anda boleh melihat ikon MetaMask di bahagian atas kanan Chrome browser extension anda.

2. Pendaftaran akaun

Klik pada Create a wallet jika anda belum pernah membuka akaun MetaMask. Kemudian, isikan kata kunci ciptaan anda sendiri dan tekan Create. Anda akan dibawa ke halaman Secret Recovery Phrase.

Cipta kata kunci untuk akaun anda

Cipta kata kunci untuk akaun anda

Kata kunci dan secret recovery phrase adalah dua benda yang berbeza. Kata kunci digunakan untuk membuka akaun yang terkunci, manakala secret recovery phrase ini pula adalah beberapa patah perkataan yang digunakan sebagai kunci untuk mengakses dompet MetaMask secara menyeluruh dan di mana-mana peranti. Seandainya secret recovery phrase ini hilang, anda tidak akan dapat mengakses dompet digital anda.

Secret recovery phrase
Secret recovery phrase

Klik reveal secret words dan anda akan dapat melihat 12 patah perkataan yang khas untuk anda sahaja. Simpan 12 patah perkataan ini dengan baik dan di tempat yang selamat serta pastikan ia disalin mengikut turutan. Setelah selesai, anda boleh klik confirm.

Paparan akaun anda yang telah berjaya di buka
Paparan muka hadapan akaun anda yang telah berjaya dibuka

3. Memasukkan dana ke dalam akaun

Klik pada ikon Buy, kemudian satu paparan cara deposit akan muncul di halaman tersebut. Terdapat beberapa cara untuk anda memasukkan dana ke dalam akaun, iaitu dengan menghantar asset dari platform dagangan, atau membeli terus di Metamask dengan menggunakan kad debit.

Penghantaran dan pembelian asset di Metamask
Penghantaran dan pembelian asset di Metamask

Sebagai contoh, jika anda hendak menghantar Ethereum ke MetaMask, anda boleh menggunakan Luno secara terus dengan hanya memasukkan alamat Metamask anda dengan menekan View Account, dan kemudian anda akan dapat melihat alamat dompet MetaMask anda.

Copy dan paste alamat tersebut di dalam akaun Luno anda untuk menghantarnya ke MetaMask. Tutorial penggunaan Luno boleh dibaca di sini.

Menukar rangkaian

Secara default, MetaMask menggunakan rangkaian Ethereum. Namun, selain Ethereum, MetaMask juga boleh digunakan untuk rangkaian yang lain seperti Binance Smart Chain (BSC), Polygon (Matic) dan OKEx Chain.

Untuk menukar rangkaian yang lain di MetaMask, anda perlu klik pada Ethereum Mainnet di bahagian atas kanan halaman, kemudian klik Add Network.

Menukar rangkaian di MetaMask
Menukar rangkaian di MetaMask

Anda akan dibawa ke halaman ini. Bagi artikel ini, kami akan gunakan Binance Smart Chain sebagai contoh. Isikan maklumat-maklumat di dalam kotak-kotak yang tersedia seperti di bawah.

Isikan maklumat rangkaian

Isikan maklumat rangkaian

Maklumat BSC Mainnet ini diambil dari Academy Binance.

  • Network Name: Smart Chain
  • New RPC URL: https://bsc-dataseed.binance.org
  • ChainID: 56
  • Symbol: BNB
  • Block Explorer URL: https://bscscan.com

Kemudian, anda boleh melihat rangkaian BSC telah berjaya dimasukkan ke dalam dompet MetaMask anda. Anda boleh mengubah rangkaian ke Ethereum semula atau mana-mana rangkaian yang lain pada bila-bila masa yang anda mahukan dengan hanya menekan pada butang rangkaian seperti yang ditunjukkan pada rajah di atas tadi.

Rangkaian BSC telah berjaya dimasukkan
Rangkaian BSC telah berjaya dimasukkan

Rumusan

MetaMask adalah dompet digital yang popular di dunia matawang kripto. Ia dapat menghubungkan anda kepada halaman atau aplikasi terdesentralisasi. Oleh itu, sebagai seorang pelabur, anda hendaklah mengetahui cara penggunaannya dan cara untuk menjaga keselamatan dompet anda.

Rujukan

  1. MetaMask
  2. Medium
  3. Academy Binance