2021-09-15

10 NFT Termahal di Dunia


NFT mula mendapat perhatian sejak beberapa bulan lepas. Semakin ramai artis yang mula menjual karya mereka melalui NFT dan harganya mencecah jutaan USD malah ada yang mencecah puluhan juta USD.

Bagi mereka yang masih belum mengenali apa itu NFT, anda boleh membaca artikel ini (link ke artikel apa itu NFT) terlebih dahulu.

Dalam artikel ini kita akan lihat apakah 10 NFT termahal setakat ini.

10. Stay Free - USD 5.27 juta

 

Stay Free by Edward Snowden

Gambar daripada: Edward Snowden

 

Ini adalah karya daripada Edward Snowden. Beliau merupakan adalah bekas pekerja di National Security Agency (NSA) Amerika Syarikat yang telah membongkarkan rahsia di mana kerajaan menceroboh privasi semua rakyatnya.

Anda boleh menonton filem Snowden untuk mengenali beliau dengan lebih lanjut. Gambar ini adalah gambar muka Snowden dengan latar belakang teks keputusan mahkamah rayuan Amerika Syarikat.

9. CryptoPunk #7252 - USD 5.3 juta

 

CryptoPunk by Larva Labs

Gambar daripada: Larva Labs

 

Gambar Cryptopunk merupakan karya paling banyak sekali muncul dalam senarai 10 NFT termahal. Ada 10,000 karakter gambar pixel yang dihasilkan secara rawak dan ia merupakan antara NFT terawal yang dibina menggunakan blockchain Ethereum. Karakter ini dihasilkan oleh Matt Hall dan John Watkinson daripada Larva Labs.

Pada awal Ogos, gambar ini dijual pada USD 2.5 juta dan kemudian dijual kepada pemilik baru dengan harga USD5.3 juta.

Link: CryptoPunk #7252

8. World Wide Web Source Code - USD 5.43 juta

 

World Wide Web Source Code by Tim Berners-Lee

Gambar daripada: Tim Berners-Lee

 

Karya ini dihasilkan oleh pembina asal World Wide Web (WWW) (https://www.britannica.com/topic/World-Wide-Web) yang merubah dunia digital sehingga ke hari ini. WWW atau lebih dikenali sebagai Web adalah sistem informasi yang menyimpan data bagi membina semua laman sesawang yang kita gunakan hari ini. Gambar ini menggambarkan pengaturcaraan asal yang digunakan untuk membina World Wide Web.

7. CryptoPunk #5217 - USD 5.44 juta

 

Gambar daripada: Larva Labs

 

Karakter ini adalah 1 daripada 24 Ape punks. Kebanyakan karakter daripada 10,000 karakter yang dihasilkan adalah manusia. Tetapi hanya ada 3 jenis karakter khusus iaitu Ape (24 karakter), Zombie (88 karakter) dan Alien (9 karakter). Setiap karakter ada aksesori khusus. Lebih terhad aksesori lebih ramai tinggi permintaan.

 

Link: CryptoPunk #5217

 

6. Ocean Front - USD 6 juta

 

Gambar daripada: Beeple

 

Karya ini dihasilkan oleh Beeple dan dijual kepada Justin Sun. Hasil jualan Ocean Front disumbangkan kepada Open Earth Foundation, sebuah NGO yang memerhatikan perkembangan Paris Agreement dalam melawan perubahan iklim.

5. Crossroad - USD 6.66 juta

 

Video daripada: Beeple

 

Karya ini adalah dalam bentuk video pendek. Anda boleh tonton videonya di sini. Ini juga adalah hasil karya artis terkenal Beeple. Dalam masa 4 bulan sahaja ia dijual 10 kali ganda lebih mahal berbanding harga asal.

4. CryptoPunk #3100 - USD 7.51 juta

 

Gambar daripada: Larva Labs

 

Ini adalah salah satu daripada 9 karakter Alien Punk. Karakter ini dilengkapi dengan aksesori Headband.

 

 

Link: CryptoPunk #3100

3. CryptoPunk #7804 - USD 7.56 juta

 

Gambar daripada: Larva Labs

 

Ini juga adalah satu lagi karakter Alien punks. Ia dilengkapi dengan aksesori topi, paip dan cermin mata hitam. Individu yang berjaya menjual NFT ini pada harga tertinggi adalah Dylan Field, CEO syarikat perisian Figma.

Link: CryptoPunk #7804
 

2. CryptoPunk #7523 - USD 11.8 juta

 

Gambar daripada: Larva Labs

 

Karakter Alien punks ini adalah karakter termahal yang berjaya dijual. Salah satu punca mengapa ia mendapat permintaan yang tinggi kerana karakter ini memakai pelitup muka yang sangat simbolik dengan pandemik yang sedang melanda dunia.

 

Link: CryptoPunk #7523

1. Everydays: The First 5000 Days - USD 69.3 juta

 
 

Gambar daripada Beeple

Gambar daripada: Beeple

 

NFT termahal di dunia dihasilkan oleh tidak lain tidak bukan artis terkenal Beeple. Ia adalah koleksi 5,000 karya pertama dihasilkan Beeple dan melambangkan perkembangan beliau sebagai seorang artis.

Kesimpulan

 

Adakah karya-karya NFT akan terus meningkat naik dan mampu dijual pada harga yang tinggi? Kalau anda seorang artis, adakah ini berita baik untuk anda?

Walaupun NFT masih lagi di tahap permulaan, tapi kita boleh lihat ia mula mendapat sambutan orang ramai sehinggakan mampu dijual pada harga yang tinggi. Bukan sahaja artis yang untung melalui penjualan karya, malah pelabur dan pedagang juga boleh mendapat keuntungan jika berjaya membeli karya undervalued dan menjualnya pada harga yang lebih tinggi. Ibarat orang mengumpul koleksi terhad seperti barangan antik, kad Pokemon edisi terhad atau jersi yang dipakai oleh Cristiano Ronaldo.