2021-11-18

Buka Akaun dan Berdagang dengan FTX


Terdapat beribu-ribu matawang kripto yang ada selain Bitcoin dan Ethereum. Seperti Ethereum, matawang-matawang ini juga dikategorikan sebagai alternative coins ataupun altcoins. Setiap matawang ini mempunyai kegunaan dan keistimewaan mereka yang tersendiri, seperti digunakan untuk mendapatkan caj murah di platform dagangan, matawang di dalam sesuatu ekosistem, sebagai ganjaran dan bermacam lagi.

Namun, matawang kripto yang tersenarai di dalam platform-platform di Malaysia seperti Luno dan Sinergy adalah terhad kepada Bitcoin, Ethereum, Bitcoin Cash, Ripple dan Litecoin sahaja. Oleh itu, untuk mencari altcoins yang lain, pengguna perlu menggunakan platform dagangan yang lain seperti Gate.io, LBank dan FTX. Dalam artikel ini, kami akan menerangkan tentang penggunaan antara platform dagangan yang popular, iaitu FTX.

Latar belakang

 

FTX diasaskan oleh Sam Bankman Fried pada tahun 2019. Beliau merupakan pengasas kepada syarikat Alameda Research, iaitu syarikat yang mencipta algoritma khusus untuk perdagangan matawang kripto. Binance, platform dagangan terbesar di dunia juga adalah pelabur terbesar untuk FTX ini.

FTX adalah antara platform dagangan yang diminati ramai kerana rekaannya yang mesra pengguna serta mempunyai ciri-ciri yang menarik seperti staking, margin trading dan lain-lain lagi.

Membuka akaun FTX

 

1. Pendaftaran

 

Pertama sekali, anda haruslah pergi ke halaman FTX.com ini (jika menggunakan web) terlebih dahulu. FTX juga mempunyai aplikasi peranti mudah alih iaitu FTX Pro. Aplikasi ini boleh didapati di App Store dan Google Play. Pastikan anda tidak terkeliru antara FTX Pro dan FTX (sebelumnya dikenali sebagai Blockfolio).

Pendaftaran FTX
Pendaftaran akaun FTX di laman web FTX.com

Daftarkan alamat emel dan kata kunci yang anda hendak gunakan serta isikan butiran peribadi anda. Untuk menggunakan FTX secara penuh, butiran untuk Know Your Customer (KYC) hendaklah dilengkapkan. Daftar dengan link referal ini untuk mendapatkan diskaun caj dagangan sehingga 10%.

Pendaftaran dan pengisian butiran untuk KYC
Daftar dan isikan butiran peribadi

2. Deposit

 

Terdapat 2 cara untuk memasukkan wang ke dalam FTX, iaitu melalui kad kredit dan penghantaran aset. Untuk menggunakan kad kredit, anda perlulah berada di tahap ke-dua untuk pengesahan KYC. Selain itu, tidak banyak kad kredit di Malaysia yang boleh digunakan untuk membeli matawang kripto. Oleh itu, deposit melalui penghantaran aset adalah cara yang sesuai.

Di Malaysia, cara yang termudah ialah dengan menghantar Ripple (XRP) terus ke FTX. Dengan cara ini, anda boleh terus menggunakan wang ringgit untuk membeli XRP di Luno, kemudian menghantarnya ke FTX.

Untuk menggunakan langkah ini, anda perlu klik Send dan memilih Ripple di Luno. Di FTX pula, anda perlu klik pada Deposit dan pilih XRP. Dapatkan alamat XRP tersebut dan tekan Copy. Kemudian, anda perlu kembali semula ke Luno dan Paste alamat XRP yang telah disalin tadi. Masukkan amaun yang ingin dihantar dan klik Send.

Deposit ke dalam FTX
Deposit aset ke FTX

Pemilihan penghantaran melalui XRP ini adalah yang terpantas dan termurah di antara 4 aset yang lain. Anda tidak digalakkan untuk menggunakan aset yang lain kerana dikhuatiri penghantaran akan mengambil masa dan caj penghantaran juga boleh menjadi agak tinggi.

Selepas itu, anda perlu menukar XRP tersebut ke stablecoin seperti USDT dan UST. Anda juga boleh menukarnya terus ke matawang kripto yang lain jika terdapat pasangan dagangan bersama XRP.

3. Berdagang

 

Cara jual beli matawang kripto di FTX adalah sama seperti di platform dagangan yang lain. Pertama sekali, klik Trade di ruangan menu di bawah. Anda boleh memilih untuk menggunakan market atau limit buy/ sell. Hanya pilih matawang yang ingin anda dagangkan dan masukkan amaun yang ingin dibeli atau dijual.

Berdagang di FTX
Cara berdagang di FTX

Selepas pembelian selesai, anda akan dapat melihat matawang tersebut di dalam bahagian Wallet.

4. Menghantar keluar aset

 

Penghantaran keluar aset adalah seakan sama dengan sewaktu anda melakukan deposit. Jika anda di Malaysia, cara yang mudah adalah dengan menukar semula matawang yang dimiliki kepada XRP. Kemudian, hantar XRP ke akaun Luno anda sama seperti bagaimana anda mendepositkannya tadi.

Menghantar keluar aset
Membawa keluar aset dari FTX

Setelah penghantaran berjaya dibuat, anda boleh terus menukarkan XRP ke MYR dan seterusnya boleh membawa keluar ke akaun bank anda.

Ciri-ciri lain yang menarik di FTX

 

Seperti platform pelaburan yang lain, FTX juga mempunyai banyak lagi ciri-ciri yang menarik selain berdagang. Antaranya ialah staking, margin trading, borrow dan lending. Namun, untuk umat Islam, kita haruslah menyemak terlebih dahulu sama ada ciri-ciri tersebut mematuhi syariah.

Selain itu, FTX baru-baru ini juga telah mengumumkan bahawa mereka telah menyediakan marketplace untuk NFT di FTX US. Buat masa ini, ciri ini belum disediakan untuk pengguna di luar Amerika Syarikat.