2021-10-28

Cara Membeli NFT di Solanart


Pernah tak anda terbaca berita tentang gambar digital yang dijual dengan harga jutaan dollar Amerika Syarikat? Jika dilihat, gambar-gambar digital tersebut agak ringkas. Jika diberitahu pada awal 2010an, mungkin tiada siapa yang akan percaya bahawa nilainya boleh mencecah jutaan dollar.

Namun begitu, telah ramai yang berjaya dengan hanya menjual karya digital yang dikenali sebagai Non-fungible Token (NFT). Boleh baca artikel kami tentang 10 NFT termahal di dunia.

 
Galeri NFT
 

Non-fungible Token (NFT)

 

Non-fungible token bermaksud token yang unik dan tidak boleh ditukar ganti dengan yang lain. Ia tidak sama seperti Bitcoin dan altcoins yang fungible kerana boleh ditukar ganti.

NFT ini didagangkan di pasaran digital seperti Rarible dan Opensea. Kebanyakan pasaran NFT dibina di atas blok rantai Ethereum. Oleh itu, pasaran tersebut menggunakan ETH sebagai matawang dagangan. Ethereum dikenali dengan caj transaksi yang tinggi. Hal ini menyebabkan para pelabur mencari alternatif di rangkaian yang lain seperti Solana.

Solanart

 

Solanart ialah pasaran NFT sepenuhnya yang berasaskan rangkaian Solana. Sesiapa saja dibenarkan untuk membeli atau menjual NFT yang berasaskan Solana di pasaran digital ini. Misi Solanart adalah untuk membantu para artis dan pencipta untuk berkongsi karya mereka dengan menyediakan platform digital ini.

Cara membeli NFT di Solanart

 

Pertama sekali, anda harus mempunyai dompet digital Solana seperti Phantom atau Sollet. Langkah pembukaan akaun Phantom boleh di baca di dalam artikel ini. Setelah itu, anda boleh ke laman web Solanart untuk memulakan pembelian.

Tekan butang Connect Wallet untuk menyambungkan dompet digital anda ke Solanart.

 

Solanart.io

Pop-up pilihan dompet digital akan dipaparkan. Pilih dompet anda (untuk artikel ini kami gunakan Phantom). Kemudian, dompet digital anda akan muncul seperti dalam rajah di bawah. Tekan Connect.

 
Sambungkan dompet ke Solanart
 

Kemudian, anda perlu pergi ke bahagian Collectibles untuk memulakan pembelian. Untuk artikel ini, kami akan menggunakan Flippies sebagai contoh.

 
Koleksi Flippies di Solanart
 

Untuk mengetahui keunikan sesuatu NFT, anda boleh rujuk CrepeToast.com/NFT. Di sini kami ada menyenaraikan NFT yang berasaskan Solana dan kadar keunikan mereka.

 
NFT di Crepetoast
 

Pilih koleksi yang anda inginkan. Senarai sesuatu koleksi adalah mengikut tahap keunikan dan disenaraikan seperti di bawah. Sebagai contoh, Quirky Neumann disenaraikan dengan harga 1.5 SOL dan mempunyai kadar keunikan setinggi 51.3.

 
Tahap keunikan dan harga di NFT Crepetoast
 
Setelah anda tahu apa yang hendak dibeli, boleh tekan pada gambar tersebut dan pop-up seperti rajah di bawah akan muncul. Tekan BUY.
 
Pembelian NFT
 

Kemudian dompet digital anda akan meminta anda untuk meluluskan transaksi. Tekan Approve dan anda akan di bawa ke laman ini. NFT yang telah anda beli tadi akan dipaparkan di sini dan juga di bahagian Collectibles di dalam dompet digital anda.

 
Paparan NFT di Solanart dan dompet digital
 

Caj-caj yang terdapat di Solanart

 

Caj transaksi sebanyak 3% daripada harga jualan akan dikenakan bagi setiap transaksi jual beli.

Caj terhadap pencipta karya yang ditetapkan oleh mereka juga akan diambil apabila pembeli (pemilik pertama) menjual karya mereka kepada pemilik seterusnya. Caj ini akan berterusan diterima oleh pencipta karya sehingga pembeli yang terakhir. Caj ini boleh juga diertikan sebagai royalti kepada karyawan.

Oleh itu, pastikan anda mempunyai jumlah SOL yang cukup di dalam dompet digital bagi memudahkan urusan jual beli.

***Penafian: Posting ini hanya sekadar pengkongsian dan bukanlah nasihat kewangan atau pelaburan. Sila kaji sendiri NFT yang ingin anda beli sebelum melaburkan wang anda.