2022-01-05

Cara Menyertai Server Discord


Semakin lama, semakin ramai pengguna yang menggunakan aplikasi Discord. Mengikut laporan oleh business of apps ini, pada tahun 2021, pengguna Discord telah mencapai lebih dari 350 juta orang pengguna dan sebanyak 6.7 juta server aktif.

Pada perkongsian yang lepas, kami telah mengeluarkan artikel untuk memberikan panduan menggunakan Discord bagi newbie. Kali ini, kami akan jelaskan tentang apa itu server, cara memasukinya dan langkah privasi yang boleh diambil pengguna.

Server Discord

 
Dalam platform Discord, anda diberi pilihan untuk mencipta satu channel sendiri atau menyertai server yang sudah ada. Server bermaksud satu ruangan yang disertai atau dibuat secara percuma untuk komuniti atau rakan berkumpul dan bersembang.
 

Menyertai atau mencipta ruangan Server

 

Menyertai server sedia ada

 

Untuk menyertai server Discord orang lain, anda boleh mencarinya atau mengakses terus jika anda mempunyai pautan ke server tersebut. Anda perlu membuka aplikasi Discord sama ada di PC atau peranti mudah alih, kemudian klik butang explore public server pada ruangan anak panah di bawah. Seterusnya, taipkan nama server yang dikehendaki pada ruangan carian.

memasuki server
Memasuki server sedia ada

 

Mencipta server milik sendiri

 

Bukan itu sahaja, anda juga boleh mencipta ruangan server sendiri pada aplikasi Discord. Anda hanya perlu klik butang “+” berdasarkan arah anak panah di bawah.

mencipta server
Mencipta server milik sendiri

Selepas itu, akan munculnya server template seperti di bawah. Anda boleh memilih template mengikut kesesuaian dan tujuan anda mencipta server Discord sendiri.

Server template
Pilih template mengikut kesesuaian dan tujuan anda

Tindakan selepas menyertai server

 

i) Penggunaan ruangan teks dan suara

 
Saluran teks merupakan satu ruangan berasingan untuk bercakap dalam komuniti melalui sistem teks iaitu menaip. Cara ini akan memastikan perbualan menjadi lebih teratur dan memberi ruang semua orang untuk bercakap. Anda boleh mencipta saluran berasingan mengikut topik dan perkara yang ingin dibincangkan.
penggunaan ruang suara
Gambar: Discord

Saluran suara adalah tempat di mana anda berkumpul dan melepak melalui panggilan suara dan video. Sistem Discord ini tiada panggilan atau deringan diperlukan, cuma klik pada saluran untuk memasukinya. Rakan dalam server anda, boleh melihat anda berada di sana serta muncul untuk bercakap. Selain itu, anda juga boleh membuka kamera video dan berkongsi skrin dengan mereka.

saluran suara
Gambar: Discord

 

ii) Mengawal sistem notifikasi dan privasi Discord

 

Apabila anda memasuki server yang berbeza dalam komuniti di Discord, anda boleh menetapkan beberapa perkara seperti notification, privasi dan pelbagai lagi dalam server tersebut. Anda boleh klik ikon di sebelah kanan nama komuniti server (seperti gambar di bawah) Discord yang anda sertai.

 

Tetapan Notifikasi

  • Mute server discord

Pada tetapan ini, anda boleh memilih untuk mute server komuniti yang disertai mengikut kesesuaian anda. Ada sesetengah pengguna memilih mute dan hanya notification akan keluar di Discord apabila nama dia dipanggil. Misalnya @danial. Tetapan ini penting kepada pengguna terutamanya apabila menyertai pelbagai komuniti server di Discord. Selain itu, anda boleh terus mute server tersebut dan fokus kepada server yang penting sahaja.

tetapan notifikasi
Tetapan mute server discord
  • Mute single channel chat

Sekiranya dalam server discord yang anda sertai mempunyai pelbagai channel chat, anda boleh mute off notification salah satu channel chat server tersebut. Anda perlu menekan right click pada channel yang anda ingin mute. Kemudian, anda boleh memilih berapa lama jangka masa mute channel chat tersebut.

Tetapan mute single channel chat

Tetapan Privasi

 

Tetapan ini berfungsi sebagai untuk mengelakkan orang yang tidak dikenali dalam ruangan komuniti server umum menghantar mesej (direct message) kepada kita. Ia bertujuan mengelakkan kita daripada terkena scam atau menerima mesej daripada orang tidak dikenali. Privasi ini selalunya digunakan pengguna apabila memasuki server komuniti yang mempunyai sehingga beribu-ribu ahli.

tetapan privasi
Tetapan privasi
 

Edit server profile

 

Pengguna di Discord boleh menggunakan nama dan avatar yang berbeza dalam setiap komuniti server disertai. Anda perlu tekan di bahagian “Edit Server Profile”. Kemudian, mengisi nama dan avatar di ruangan yang disediakan.

edit server profile
Gambar: Discord

Penutup

 
Walaupun penggunaan server Discord ini adalah agak menarik dan mesra pengguna, namun harus diingatkan bahawa semakin banyak server yang disertai, semakin terdedah diri anda kepada penipu atas talian. Oleh itu, sentiasa berwaspada dan pastikan anda mengambil langkah-langkah keselamatan sebelum menyertai mana-mana server awam.